Pengikut comel saya :)

Link Exchange HERE !

Kisah Abang Kaya Dan Gadis Miskin



Abang Kaya berjalan dengan penuh mewah sambil mendengar muzik dari handphone HitamBeri kesayangannya dan menghirup botol air minirel. Orang ramai yang melihat telatah Abang Kaya hanya tersenyum . Tak kurang ada yang kagum melihat kemewahan yang adaa pada diri Abang Kaya. Dia kacak , mempunyai sebuah kereta sports , dan yang penting kaya ! Abang Kaya merasa bangga apabila dia selalu menjadi perhatian orang ramai .Yang penting , perempuan pun keliling pinggang , senang senang aje dia dapat apa dia nak ! 
Dia menuju ke arah tong sampah dan membuang botol air yang di minumnya tadi . 

Setelah dia membuang botol air minirel itu , dia menoleh ke dan melihat seorang gadis menuju ke arah tong sampah itu.. 
Abang Kaya sempat memandang wajahnya . Kotor ,tidak seksi , bertudung pula tu . Bukan taste aku. Getus hati Abang Kaya .Tapi timbul di hati Abang Kaya ingin mengusik gadis itu. Dia terus menuju ke arah gadis itu.

Abang Kaya : Awak tak jijik ke pegang bahan kotor ni ? 

Gadis Miskin : Tak.

Abang Kaya : Hm , kenapalah hidup awak begini ? Mesti awak tak pass SPM kan?
Gadis Miskin : Sehina-hina saya , hidup saya kaya .SPM tak pernah pun ambik, tapi saya mampu jalani kehidupan dengan senang hati .

Abang Kaya : BHAHAHA ! Kaya ? Awak ni melawak pulak ! Kaya macam ni la awak ,  pegang HP macam ni, baju high class, kereta kena ada ! Baru namanya kaya !

Gadis Miskin itu terdiam. Dia perlahan- lahan menuju ke arah Abang Kaya.

Gadis Miskin : Abang , Kaya yang saya maksudkan ialah  kaya dengan keimanan terhadap Allah , kaya dengan akal fikiran yang waras  , kaya dengan kasih sayang dari keluarga .  Saya KASIHAN melihat abang yang MISKIN iman ni. 
Taubatlah sebelum abang mati. Bukan TahuBuat ye abang. Maafkan saya , saya pergi dulu . Assalamualaikum. 

Abang Kaya terus terdiam . Dia terduduk . Dalam hati , benar kata Gadis Miskin itu . Tidak pernah pun dia puas melalui kehidupan kayannya . Dia kaya pun dari sumber yang haram . Ibu bapanya pula sudah lama meninggal dunia. Dia menumpang kasih di rumah pakciknya tetapi pakciknya tidak pernah memberi kasih sayang sebaliknya mendera mental dan fizikalnya dia membuatkan dia menjadi begini sekarang . Walaupun SPM cemerlang tetapi dia tidak mempedulikannya sebaliknya dia terus mencari sumber haram sebagai penjual dadah ! Tidak terlintas di fikiran mencari sumber rezeki yang halal selepas tamat pegajiannya di Universiti 4 tahun lalu. Baginya itulah satu satunya cara mudah untuk kaya ! Dia mula sesal atas kesalahanya .
Dia berdiri dan terus menuju ke rah kereta sport miliknya .
Fikiran Abang Kaya masih teringat akan kata kata Gadis Miskin yang baru dihinanya tadi . Tiba tiba dia terdengan bunyi hon dan melihat sebuah lori memandu laju ke arahnya . Dia tidak sempat berlari . Dia terpelanting , dan terdampar di atas jalan raya . Abang Kaya  merasa sesal , kerana tidak sempat mengubah dirinya , malahan tidak dapat meminta keampunan terhadap Gadis Miskin dan juga terhadap Allah SWT.
Akhirnya dia terus menghembuskan nafasnya yang  terakhir. 


So , moral of the story , Mewahkan diri dengan keimanan , bukan setakat kemewahan berbentuk kebendaan  . Kat akhirat , Allah tak tengok harta kita , dia tengok sejauh mana keimanan kita terhadap-NYA. 

Sempena ramadhan akan tiba ini , semoga kita sentiasa menambahkan pahala di bulan mulia ini . Syaitan sudah pun dipenjara , siapa syaitannya?
Kitalah , sebab kita sendiri tak mahu ubah diri . 

Maaf kalau terkasar bahasa , peace ! :)

 




3 comments:

  1. Kesian Abang Kaya tak sempat bertaubat.semoga kita semua sentiasa ada kesempatan utk bertaubat. Insyallah :)

    ReplyDelete
  2. ok..sadis tapi penuh bermakna...gud job =)
    like ur style of story telling...keep it up

    ReplyDelete