Pengikut comel saya :)

Link Exchange HERE !


Review : Hantu Bonceng

Selamat Hari Isnin dan raya ke - 7  . Tak sangka raya tahun ni kurang sikit sinarnya . Dan kasihan jugak kat budak sekolah hari ni , takpelah , cari ilmu . Nasib saya sudah 18 . Hahaha .

Okey , kali ni , saya nak review skit cerita Melayu yang pecah rekod panggung wayang sekarang ni. Tak lain tak bukan HANTU BONCENG !



Serius , memamng ramai sangat menonton Hantu Bonceng lakonan mamat hidung besar ni , Zizan Razak dan awek cun Juliana Evans .



Zizan , wow ! Sangat menjadi jadi watak Amran by Zizan . Lawak dia membuat satu panggung penuh gelak tawa !

Juliana Evans , agak bagus jugak lakonan dia . Dia pegang dua watak , Maya & Ayu. Maya is Bohsia yang bonceng motor Amran tu . Ayu tu , adik Maya .

Salah satu part yang lawak dalam filem ni , apabila Amran pujuk tunang dia , Halimaton ( Jue Aziz)
di hospital .



" Baby ...."
*Tak layan...
"Baby.."
*Tak layan lagi...
"Baby..."
*Halimaton hempap fail dan ... " BABI !! "

Haha ! Sungguh tak boleh tahan time tu , satu panggung gelak! Tapi macam tak kena kot , sebab masa babak ni la ada budak kecik ni tanya mak dia kat sebelah seat saya duduk tu , dia tanya Babi tu apa ? Mak dia diam je , dia desak mak dia pun mak dia diam . -.-
Baik labelkan filem ni as 18sx je kot ?

Dan panggilan ucuk dan baby menjadi bahan saya terhadap cinta hati saya . HAHAHA . Dia kata geli sungguh panggilan Baby , Ucuk , Biee ni , baik panggil nama je . hehehe. >,<

Kunyit ? Saya sebenarnya lebih tertumpu pada watak Amran . Tapi bila Kunyit bersama Zizan , memang ada seri sikit , : )

Sedap suara Abg Rempit  Kunyit ni Azankan Amran . Hahaha! 



Tapi sayang , ada cerita dia takde kena mengena dengan filem ni. Cerita tak sama dengan tajuk filem ini . Agak tertipu sikit dengan trailer dia sebenarnya  . -.-


Kalau nak tau apa lagi isi  filem ini , sila saksikan sendiri . Ini serba skit sinopsis
dia .



Ianya mengisahkan mengenai Amran, seorang penghantar surat yang gemar berlumba secara haram. Pada suatu hari, selepas memenangi satu perlumbaan, Amran telah dihadiahkan seorang bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Amran telah dihadiahkan seorang bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan tersebut. Malang tidak berbau, ketika Amran hendak membawa Maya yang memboncengnya keluar dari tempat tersebut, mereka telah kemalangan dan Maya mati di tempat kejadian. Apa yang terjadi seterusnya? Hanya di HANTU BONCENG ! 



Rating Filem ini ,  saya bagi 7/10 !




No comments:

Post a Comment