Pengikut comel saya :)

Link Exchange HERE !


3 Tips Bercinta Alam Bukan PERKAHWINAN

Saat ini , Lyla akan bagi tips tips nak handle pasangan korang secara halus dan efektif . 

Ha, macam mana tu ? Bukan pakai bomoh tau !
Apa barang jampi kan ? ^^v
Meh buka mata , tengok sini . 


1. Jangan Sayang Sangat 

Bila Lyla tengok ramai couple couple ni meraung , melalak kat status FB , kat taman bunga sebab  pasangan dia dah ada orang lain . Ada yang kata SAYANG sangat sebab dah lama bertahan dengan couple , ops ex couple tu berkurun lama .  Bila kita sayang sangat , memang kita merana . Tapi ingatlah , itu pasangan kita BUKAN MUHRIM . Sayang dan Cinta hanya wujud bila masuk alam perkahwinan . Percayalah ,Kemanisan Cinta hanya akan wujud di alam perkahwinan. Memang kita kenal dari alam couple ni , couple bolehhhh , bukan tak boleh tapi perlu sayang sangat kan , sebab belum tentu lagi dia jodoh kita . 

2.  Mintak TANGAN dan MATA pasangan ke hadapan .

Haha , ke mana? Mata padang board je ke ? Ishh, maksud Lyla , jangan bagi pasangan tu sesedap rasa nak pegang pegang je tangan tu , sebab apa , cuba korang fikir ...
Kalau ditakdirkan putus di tengah jalan , bila bersua muka balik pada masa akan datang , rasa segan tak nak layan pegang pegang tu ? Segan tak ? Segan kan... So selagi tangan tu masih belum hak milik suami .. sila jangan buat ye.. Lyla mengaku Lyla pernah buat pengang pengang tangan ni. Sekarang Lyla cuba kawal hawa nafsu ni.. Tolonglah doakan Lyla ye.. hukhuk... 
Lupe lak , pasal mata tu . Mata tu , arahkan si dia pandang tempat lain , bukan pandang body dan barang comel kita ni  .:)

3. Kawal BAGI HADIAH 

Yes , hadiah tu amat bermakna buat pasangan ,. Rasa macam kt syurga je dapat barang mahal mahal , tapi sedar tak ,  duit tu patut untuk apa ? Jangan sengal sangat kata :

"tak kisah beli banyak 
banyak hadiah , semua untuk youu" 

Ehemm , tak salah bagi tapi cuba jimatka duit. Kalau dah putus , mana lagi nak 
cilok duit tu ?Duit tu dah kita terHABISKAN untuk si dia. Kena kerja la , duit bank da habis . Tak ke nampak menyusahkan?Berbaloi tak ?Sepatutnya untuk apa? Untuk MASA HADAPAN . :)

Bila kawin , buatlah macam tu ,. Lebih berbaloi sebenarnya . Tak percaya , tanyalah sesiapa yang dah kawin tanpa bercinta dulu masa kawan tu . Bila DAH kawin err kalau istilah bestnya NIKAH tu , bercintalah . 
Sebelum kawin , kenal hati budi secara baik tanpa melakukan adegan terbaik macam kat atas tu okeyy ? 


Okla , Itu antara tips untuk pasangan bercinta ala COUPLE sebelum perkahwinan ni . Lyla mengaku , Lyla pun ada , tak salah kalau Lyla kongsikan , Tips tips pun dari kakak sedara Lyla sendiri. Lyla just nak kongsikan kat sini. . Tak salah kan Lyla kongsikan sebab Lyla pun sekarang cuba untuk berubah jadi yang terbaik di sisi Tuhan. Lyla bukan alim , ya bukan . Tapi Lyla akan cuba yang terbaik untuk berubah . Lyla juga doakan supaya pembaca pun dapat mengubah ke arah kebaikan juga. Maaf la jika entri ni nampak di mata anda semua tak bagus , poyo. 
Tapi Lyla hanya menulis , demi mengubah sikap dan pemikiran pembaca kini. 


Sharing Is Caring <3

No comments:

Post a Comment