Pengikut comel saya :)

Link Exchange HERE !

Warkah Terakhir

PRANGGG !

Ezwan terkejut dari mimpi indah . Sedap sedap nak mimpi , kacau je , Getus hati Ezwan .
Dia terus melangkah ke dapur . Dia melihat ibunya, Puan Afsah sedang mengutip pinggan yang telah pecah di atas lantai . Hati Ezwan mula terbakar , tanpa disedari Ezwan sendiri , dia terus menarik rambut ibunya .

Ezwan : Kau ni mengacau aku nak tidur ye?! Lain kali pinggan tu taruk je kat lutut , biar tak pecah !

Puan Afsah : Mak tak sengaja nak ... Mak ...

Ezwan : Arghhhh , peduli hapa aku?! Ko kemas sekarang !

Ezwan terus menuju semula ke biliknya , terus rebah di atas katil..Sambil mendengar muzik , dia mula berfikir, bagaimana dia perlu  membayar hutang judinya.Mustahil boleh kalah di tangan seorang budak kecil sebaya adik perempuannya si Eyka yang berusia 10 tahun itu ! Otaknya ligat berfikir . Ezwan memandang dompet ibunya yang terletak di meja telefon berdekatan biliknya . Dia tersenyum , sudah jumpa jalan penyelesaiannya. Ibunya takkan perasan pun duitnya dah kurang . Dia bangun perlahan lahan , menuju ke arah meja telefon itu . Dia mencapai dompet ibunya , dan hatinya mula panas kembali. Dia terus berlari , menuju ke arah ibunya yang baru sahaja selesai membersihkan pinggan yang pecah tadi.

Ezwan : Mak , nak duit ?

Puan Afsah : Nak buat apa? Nak berjoli kan kelab dangdut?Berjudi dengan budak ketot tu?

Ezwan : Banyak soal pulak dah.... Dahlah dalam dompet tu tadi ada 50sen je?! Ez nak banyak !!

Puan Afsah : Tak ada . Habis sebab Ez dah curik duit mak untuk pergi berjoli tu !

Ezwan : Arghhh !!!

Ezwan mula naik gila , terus memukul ibunya tanpa merasa kasihan walau sedikit pun . Dia tidak mempedulikan rintihan ibunya yang sedang kesakitan. 

Pagi esoknya , Puan Afsah mula bersiap siap , menuju ke arah kereta Proton Myvi miliknya . Puan Afsah memikirkan keadaan Ezwan yang semakin hari semakin biadap . Salah dia juga , terlalu memanjakan dia , sampai lupa memberikan dia didikan agama. Terlalu mengharapkan didikan agama di sekolah sahaja  tetapi sia sia , dia tak ipraktikkan di luar sekolah.

Ahh , lebih baik cepat , sekejap lagi lambat nak hantar anak perempuannya si Eyka ke sekolah .Nak harapkan Ezwan , dia boleh pulak melepak di kedai kopi. Puan Afsah terus menuju pantas ke arah kereta . Puan Afsah mula resah apabila Eyka tiada di dalam kereta. Dia terus mencari di dalam rumah tetapi tidak jumpa . Puan Afsah mencari pula di luar dan ternampak Eyka sedang memegang seekor kucing di tengah jalan dan terus resah apabila sebuah kereta sedang memandu laju ke arah Eyka . Puan Afsah terus berlari dan menolak Eyka tetapi malangnya Puan Afsah dilanggar kereta itu selepas berjaya menyelamatkan Eyka . Eyka terkejut dan berlari ke arah ibunya . Kereta itu tidak berhenti , malah terus memecut laju meninggalkan tempat kejadian . Eyka terus menjerit meminta tolong .

Ezwan terus bergelak ketawa , menahan perut melihat gelagat rakannya , Farid dan Lan yang membuat lawak tidak henti henti .Memang seronok duduk di kedai kopi dari pagi sampai hampir nak petang ini . Sambil menghirup secawan kopi , Ezwan melihat sebuah kereta berhenti di hadapan kedai kopi itu . 

Ezwan : Cantik kereta tu , tapi kenapa bumper depan macam darah ah?

Farid : Cat kot .

Lan : Darah la. Kau ni , darah dengan cat pun tak tau .

Farid : Dara aku tau la . Hehehe .

Lan : Sengal kau , Dara dengan Darah lain ngok !

Ezwan : Diam ah , aku nak tanya mamat tu , dari tadi duduk je dalam kereta tu .

Ezwan terus bangun , menuju ke arah kereta itu .Tiba tiba , seorang anak kecil berlari sambil menjerit nama Ezwan . Ezwan menoleh dan melihat kegelisahan anak kecil itu .

Ezwan : Kenapa Eddy?

Eddy : Mak abang... Kena langgar lari! Kereta langgar dia !!

Ezwan terkejut dan terus melompat ke arah motornya . Dia terus memecut ke arah rumahnya .

Puan Afsah sudah selamat dikebumikan tengah hari tadi. Mujurlah ada jiran nampak , sudi mengkafankan serta menyedekahkan Yasin buat ibunya . Eyka hanya mampu duduk sambil memegang sekeping surat. Surat itu harus juga diserahkan pada Ezwan . Dia mula hairan , apakah isi surat ini? Ingin sekali melihatnya tapi harus pula menunggu Ezwan pulang ke rumah . Tiba tiba dia mendengar bunyi hon di hadapan ruah . Eyka bergegas keluar . Ezwan sudah di hadapan rumah .

Ezwan : Mana mak? Tadi Eddy cakap dia kena langgar?

Eyka : .....

Ezwan : Mana dia... Abang nak mintak ampun kat mak..Bagi tahu abang dik..

Eyka : Kalau arwah abah tau abang macm ni , memang dia pukul abang .

Ezwan : Abang salah dik , abang tahu. Mana dia ??

Eyka : Mak dah meninggal , dah dikebumikan . Nah surat ni, Eyka jumpa kat laci mak tadi, khas untuk abang .Eyka nak tidur dulu. Penat sangat . 

Ezwan : Makkkkk !!


Ezwan terus terduduk . Memikirkan salahnya , memikirkan dosanya terhadap ibunya . Perlahan lahan Ezwan membuka isi surat itu.

Ez, Mak sudah pun langsaikan hutang Ez tu . dan Mak nak beritahu Ez tapi Ez marah Mak pagi tadi, jadi Mak ingat nak beritahu kamu pagi tadi , tapi mak tulis ajelah  melalui surat ini.. Mak nak pesan , jaga diri Ez baik baik , jaga Eyka sekali. 
Beri dia masa depan terbaik.Mak tetap sayang Ez walaupun Ez selalu marah Mak. Jadilah insan berguna ye Ez.Nanti Ez jumpa mak ye bila Ez dah selesai habiskan kerja Iz. 


Ezwan terus menangis , dan melihat lagi  isi surat itu. Sesungguhnya , dia tidak akan berjumpa dengan ibunya , kerana ibunya sudah pun menghadap Allah..... 


1 comment: