Pengikut comel saya :)

Link Exchange HERE !

Suka Hati La !

Yana terus berjalan , sambil melihat sekeliling . Tak kurang juga segelintir jejaka sempat  menjamu selera melihat kecantikan dan keseksian Yana . Yana hanya tersenyum bangga apabila seorang jejaka mengenyit mata kepadanya . Ahh , lawanya aku ! Getus Yana sendirian . Dia terus menuju ke Old Town dan terus menarik sebuah kerusi kosong yang kebetulan di hadapan matanya . Dia mengamit seoarang pelayan dan terus memesan hidangan . Pelayan itu hanya tersenyum . Tak kurang juga ada yang berjalan di hadapan Old Town berbisik dan bergelak sendirian melihat telatah Yana . Yana mula sangsi , mengapa ramai melihatnya ? Ohh , sebab aku cantik agaknya , biarlah , kata Yana sendirian . 

Taktala Yana menunggu makanan terhidang , Yana leka melayan emel melalu SST (Samseng GeSeksi Tab) milik rakannya . Ala , berlagak je la , pinjam kejap je , hehehehe . 
Tiba tiba seorang jejaka terus duduk di hadapannya , membuatkan Yana terkejut sebentar . Yana bergegas menyimpan SST  di dalam beg sandangnya . Yana terus memandang seketika jejaka itu , Haihh , hensem tapi nampak alim je . Meh aku bagi ayat power sikit , biar lentok kat aku yang cun saja ni .
Getus hati Yana. Dia mula mengukirkan senyuman . Inilah masanya tunjuk gaya ala heroin ! 

Yana : Tiba tiba je 'terbang' ke sini ye .... Ada apa ye?


Jejaka : Saje .


Yana : Ohh , apa awak nak ye? 


Jejaka : Awak mix ke ?


Yana : Yup. Melayu Arab .


Jejaka : Ohhh , islam la ni 


Yana : Kenapa?


Jejaka : Tau tak hari ni awak bertuah tau . 


Yana : Eh , kenapa pulak ? 


Jejaka : Awak tak malu ke makan time camni?


Yana : (Muka marah) Heyyy , ini Lunch Time okeyy , suka hati la . 


(Jejaka itu terus berdiri sambil mengeluarkan sekeping kad)


Jejaka :  Awak bangun sekarang , ni bulan puasa tau tak ! Sila ikut saya , saya dari Jabatan Agama Islam . 


Yana : Ehh , janganlah tangkap... Saya datang bulanlah ... 


Jejaka : Suka Hati saya nak tangkap awak tengah datang bulan ke tak , yang penting awak dah buat orang ramai curiga kat sini ! Cepat , masuk dalam van mayat tu !

Yana cuba lari , tapi malangnya terjatuh pula sebab pakai kasut tumit tinggi . Akhirnya baru Yana tau kenapa manusia sekelilingnya gelakkan dia tadi .... 
Tak semena mena kena duduk dalam van jenazah , nasib baik ada teman senaib dia dalam van ini ...

hehehehehehhe , relaks la , selamat berpuasa ! 
Peace !

^^v

2 comments: