Okeyy , berbalik pada entri , saya akan memberi tips kepada pembaca semua sepanjang saya menjadi blogger agak tak berTAUliah ni . Saya akan memberi 4 contoh kesilapan anda semasa ber-blogging .
1. Memaksa Anda Menjadi Follower .
Elak kan cara macam ni okey ! Anda tak perlu paksa blogger tersebut untuk follow anda . Selalu bila budak baru up , akan buat blog cantik cantik dan memberi comment berbaur paksaan seperti
" Nice entry , Sila follow saya , AMAT MEMERLUKAN follower ! "
Nak saya ingatkan , dunia blogging adalah berdasarkan minat dan atas dasar hati yang ikhlas . Jadi , elakkan dari MEMAKSA si blogger tu follow blog anda .
2. Menaip Entri Murahan
Okey blogger , percayalah , jika menaip dalam keadaan marah dan tidak terkawal atau erti kata lain menaip entri murahan, tak mustahil blog anda memang berkemungkinan di follow dan tidak
di follow . Masih ingat Adinda Milano Evans ? Kerana emosi tidak terkawal , dia sanggup publish entry yang sangat memakan diri sendiri. Ingatlah , menaip entri mengenai privasi diri kita sangat tidak hebat sebenarnya melainkan anda HANDSOME , CANTIK untuk publish entri mengenai privasi hidup anda . Nak jugak , boleh tapi sila BERJAGA JAGA , Jangan sampai entri anda dilabel MURAHAN .
3 . Terlalu Menjaja Wajah Kekasih Di Blog .
Benar sekali wahai pembaca . Ini adalah realiti . Tak sah kalau tak cakap kita ada bf / gf kat dunia maya ni kan ? Anda sanggup bubuh cerita How I Meet Bla Bla atas dasar cinta . Tapi in the end , putus . Lepas ni , wajah jejaka / wanita mana pulak nak taruk untuk dijadikan hiasan terbaik di blog anda? Lagi lagi , kalau anda bercinta dengan artis , seronok la , sedap la nak naikkan traffic blog ni . Betul tak ? Anda boleh buat tapi , sila just cakap dia teristimewa di hati , letak satu dua gambar si dia cukup. Jangan dok canang sangat , sebab masih belum milik kita sepenuhnya , lainlah dah nikah, kawin . :)
4. Menggunakan Bahasa "Ewww!"
Contoh bahasa "Eww" :
". Aq cayunk dieww sanad, Tapi tapeww , dieww dah cabort balik nepal darh.. Aq nuck halang, Aku x bleyh wat papew..."
Please la , sila pakai bahasa Malaysia full okey ? Kalau anda nak shortform boleh , tapi jangan nak shortform melampau sangat . Pembaca akan tanda X sahaja bila nampak entri pakai bahasa camtu .
Anwar Hadi pun tak suka bahasa ni . Sebab tu dia kata "Ewww ! "
Anwar Hadi pun tak suka bahasa ni . Sebab tu dia kata "Ewww ! "
Itu sahaja serba sedikit tips saya . Setiap manusia akan mencipta kesalahan tanpa kita sedari . Andai salah dan silap , 10 jari kecil saya susunkan , mohon maaf zahir dan batin . Salam Lebaran Dan Salam Merdeka ! Yeahhh !
No comments:
Post a Comment