Pengikut comel saya :)

Link Exchange HERE !


Kemanisan & Kepahitan Kehidupan

Salam sayang wahai pembaca terbaik sekalian . 


Tidak dinafikan , Lyla sudah pun melalui usia ke 18 tahun . Ya , usia yang sangat dinantikan oleh kita semua terutama sekali kaum kaum lelaki gemar kerana 18 adalah medan kaum lelaki melihat cerita serba "biru" dan menjadi macho . Betul kan? Ehehehe , tak semua ye . Ok kidding . Sorry . :>




OK , berbalik pada topik asal , Lyla mempunyai seorang rakan yang mempunyai satu soalan yang sangat sukar untuk Lyla sendiri pun sukar nak jawab. Soalan nya begini :


" Kau pernah tak rasa sedih bila kita selalu je lalui kehidupan penuh sakit hati?"




Lyla nak terangkan , bila kita sakit hati , kita biarkan saja . Tak ada siapa nak ubatkan sakit hati tu . Bagi Lyla, kepahitan dalam kehidupan kita lalui setiap hari ,  sebenarnya adalah satu kemanisan serta kepahitan . Ya, kedua dua nya sekali . Mengapa ya? 
Ini kerana .......




Kemanisan & kepahitan dalam kehidupan  adalah kebiasaan sebenarnya . Percayalah , katakan bila kita nampak sesuatu yang tak kena tu , kita boleh aje cakap dengan jujur , sebab kita secara automatik sebenarnya dah berjaya mendidik diri kita mengambil ikhtibar melalui kejujuran itu dan secara tak langsung kita sebenarnya dah mengubah kehidupan orang tu walaupun sekecil mana pun kejujuran kita . Itulah kemanisan kehidupan Lyla lalui .


Kepahitan dalam kejujuran , Lyla selalu hadapi kepahitan lebih daripada kemanisan . Kerana apa jua insiden Lyla lalui , Lyla cuba kuatkan hati dan telan kepahitan itu meskipun Lyla selalu pun sakit juga hati tapi Lyla maafkan dan lupakan saja , macam budak kecik , sekejap gembira sekejap sedih. 
Lyla pun macam korang semua , masih tak sempurna lagi , tapi ada lagi tak sempurana kehidupanya dari Lyla, lebih panas dan pahit kehidupannya . 


Wahai pembaca , setiap babak kehidupan kita harus kita telan dengan penuh kepahitan dan kemanisan kerana kedua duanya adalah satu cerita untuk melengkapkan kehidupan kita setiap hari 
Jadi , lalui dengan penuh rela hati . Allah akan memberi ganjaran pada kita di akhirat jika kita melalui setiap liku liku kehidupan kita dengan penuh redha . Ambil sahaja kepahitan dan kemanisan itu , kerana itu sudah tertulis buat kita . Terimalah dengan hati terbuka . :)


Sampai di sini entri Lyla kali ini.
Lyla masih kerdil lagi dalam dunia penulisan , tapi Lyla akan cuba yang terbaik demi cinta Lyla pada dunia penulisan .


Semoga Allah mengampuni dosa dosa pembaca dan Lyla di bulan puasa ini . Wassalam . :)

2 comments:

  1. setiap kehidupan manusia ada manis dan pahit nye.. terpulang kepada masing2 untuk menghadapinye kn :)

    ReplyDelete