Pengikut comel saya :)

Link Exchange HERE !


Seram : Lorong Misteri #2

ARGHHHH !!

Dragon tersentak . Dragon terus berlari ke ruang tamu . Langkah Dragon terhenti apabila melihat wajah Karl tidak ubah seperti singa kelaparan .
"Bro , okey ke ? " tanya Dragon ragu ragu . Takut pula Karl mengamuk nanti.
"Aku geram betul . Mcam mana Faril boleh lari macam tu je ?!" bentak Karl. Dragon terus mengeluh sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal .
"Lupakan je perkara tu , yang penting kita bereskan kerja kita . " ucap Dragon.
"Aku tak boleh lupa macam tu je . Kau aku tugaskan cari dia , kau pegi lorong tu balik !" kata Karl sambil menunding jari ke arah Dragon.
" Lorong apa ? " Dragon terus kehairanan.
"Laa , Lorong yang masa kau kata kau tak nak masuk lorong tu ." kata Karl. Dragon terus membulatkan matanya tanda terkejut .
"Bro , itu Lorong aku tak mahu masuk . Kau tak tahu cerita Lorong tu ! " bentak Dragon .
Karl terus terdiam . Memikirkan mengapa ramai tidak mahu masuk ke lorong itu . Tiba tiba kedengaran pintu diketuk dengan kuat sekali. Karl terkejut . Dia memandang Dragon dan memberi isyarat supaya berjaga jaga Dragon terus mengangguk dan bersembunyi di belakang pintu . Karl terus menuju ke arah pintu .
"Apa kata laluan ?" jerit Karl.
" Aku tak nak sebut ! Akulah , Sam ! " jawab Sam .
" Cakap je laa .... "
"Yela , Gedik betul ! " Sam terus mencari kekuatan untuk memberi kata laluan yang dicipta Karl  sendiri.
"Cepat ! " Sergah Karl .
"Iyela , AKU SAYANG KAU !" jerit Sam.
"Okey " Karl terus membuka pintu . Karl memberi isyarat kepaada Dragon supaya keluar. Dragon terus keluar dan menyimpan pistolnya . Karl hanya tersenyum melihat wajah Sam masam mencuka .
"Masuklah." pelawa Karl . Sam terus melangkah masuk.
"Kau nak apa? " taya Karl
Sam terus memandang Karl . Mencari kata kata sesuai untuk memulakan bicara .
"Aku kena cerita kat kau pasal Lorong tu . Aku nak kau pun tolong aku cari Faril ." tutur Sam.
"Apa kena Lorong tu ? " soal Karl tanda tidak puas hati .
"Macam ni.... " Karl terus mendengar cerita Sam.


********************************************************************

Faril terus gelisah . Terlalu gelap Lorong yang telah dia masuk . Dia terus berfikir jalan keluar . Ahh , sudah ! Takkan lorong ini ? Faril terus gelisah . Tiba tiba Faril terasa dirinya seperti di perhatikan . Faril terus memejam mata dan menoleh ke belakang . Faril terus membuka matanya perlahan lahan .
" Kau datang kembali?" tanya si misteri itu kepada Faril.
Faril terus terlopong , dan pengsan melihat wajah misteri itu . Si Misteri itu terus tersenyum dan mengarahkan anak anak buahnya mengangkat Faril . . . .

*********************************************************************

"Aku tak mahu tolong orang yang dah buat hal dengan aku!" bentak Karl. Sam hanya mengeluh . Dari kecil sehingga sekarang , Karl tidak ubah seperti anak kecil . Sam terus memandang Karl .
"Aku mintak sangat sangat . Kalau kau tak mahu , Faril akan terperangkap dalam Lorong tu . Dan kau akan menyesal seumur hidup . " kata Sam tenang . Sam  membetulkan topinya dan mula melangkah keluar .
Karl hanya terdiam dan melihat Sam berlalu .  Sam terus masuk ke dalam kereta .
"Macam mana Sam ? " tanya Afiqa.
Sam hanya mengeluh dan memandang Afiqa . Afiqa terus menggeleng . Sudah tahu apakah jawapan Sam .
Tiba tiba , Sam tersentak apabila terlihat bayangan Faril yang dipenuhi darah di hadapan keretanya . Sam terus memejamkan mata . Afiqa memandang Sam .
"Kenapa ni ? " tanya Afiqa.
"Tak ada apa la ." Sam hanya tersenyum hambar dan mula memandu . Fikiran Sam terus terbayang wajah Faril yang dipenuhi darah . Adakah Faril sudah mati ? Tak mungkin ! Sam terus memikirkan cara mencari Faril secepat mungkin sebelum Lorong itu memusnahkan hidup Faril . . . .

No comments:

Post a Comment