Pengikut comel saya :)

Link Exchange HERE !


Lorong Misteri #3

Ayam terus berkokok , memanggil umat-Nya bangun dari alam mimpi . Sam mengosok-gosok matanya sambil melihat tingkap yang telah lama dibuka oleh Afiqa . Sam terus bangun , menuju ke arah dapur dan duduk di hadapan Afiqa .  Afiqa menoleh ke belakang dan menjerit . Sam hanya tergelak . 
"Ingatkan pontianak la tadi ! Nak bagi Fiqa mati ke? Pergi sikat rambut ! " marah Afiqa sambil mengurut dadanya. 
Sam hanya tersenyum . "Fiqa , boleh ke kita jumpa Faril ? " soal Sam.
Afiqa terus terdiam . Diam seribu bahasa seketika . Seketika kemudian , Afiqa mengeluh . Sam hanya mengangguk tanda faham akan keluhan Afiqa . Sudah 5 minggu Faril hilang tanpa berita . Sudah disiarkan di kaca televisyen dan akhbar tempatan mengenai kehilangan Faril . Tetapi hanya duka menyelubungi di hati Afiqa dan Sam . 

********************************************************************
"Aku kat mana ni ? " soal Faril sambi mengaduh kesakitan . 
"Kau di alam kami. Alam yang pernah menghantui hiup kau" kata suara misteri itu .
Faril terus bangun , dan berlari ke arah sudut bilik tersebut . Faril mula ketakutan . 
"Kau akan terus terkurung di sini jika kau sendiri tidak mahu mengubah nasibmu di lorong ini .Takdir kau hanya di sini . Kau akan terperangkap tanpa usaha . Nikmatilah harimu. " jawab suara tersebut sambil ketawa .

Faril terus mencari cari arah suara tersebut tetapi tidak diketahui di mana suara itu hadir . Fairil terus menjerit . 
"Kau akan mati selepas ni! Aku tahu siapa kau !" jerit Faril .
Suara itu hanya jawab dengan penuh gelak tawa . Faril terus menjerit  .

*********************************************************************

DING DONG ! 

Sam terkebil kebil melihat kehadiran lelaki tersebut . Lelaki itu rambut ala Korea , berbaju putih .Afiqa yang baru sahaja keluar dari bilik hairan melihat Sam terpaku di hadapan pintu . Lelaki tersebut tersenyum melihat kelibat Afiqa.Sam terus mencebik apabila melihat wajah lelaki itu . 
"Sam , kenapa ni? Ehhh ? Siapa awak ?" soal Afiqa apabila melihat lelaki itu berdiri di hadapan pintu dengan segaris senyuman . 
"Maaflah , saya dapat tau dari akhbar bahawa awak kehilangan abang awak bernama Faril kan ?" tanya lelaki itu.

" Ya , Faril abang saya . Kenapa?" Afiqa terus kehairanan. 

" Nama saya Herry dari Pusat Paranormal Two-Four . Saya nak bantu akak dan abang mencari Encik Faril ." tutur lelaki itu dengan lembut.

"Ohh , silakan masuk . Kita bincang ." jawab Sam . 

****************************************************  

Herry terus menunggu jawapan Sam sambil mencuri pandang ke arah Afiqa. Sam hanya menahan marah.. Afiqa pula hanya diam membisu .
"Akak percayalah kat saya . sudah 4 tahun saya kendali kes macam ni . Saya akan cuba yang terbaik .Soal bayaran , ikut keikhlasan akak dan abang je ." tutur Herry penuh yakin .
Sam hanya memandang wajah Herry , 

Sudahlah terlalu kacak dari aku , muka macam Robert Pattison , ingat muka kau boleh cairkan Fiqa?! Asyik nak borak dengan bini aku , dengan aku tak sudi pulak! Heyy, nahas kau !   kata Sam dalam hati . Kalau depan depan bergaduh pula nanti . 

"Hm... Baiklah , kalau tak jumpa , aku tak bayar okey?" jawab Sam.
Herry terus tersenyum . 
"Baik , bagi saya detail pasal Faril . Dan nanti apa apa hal , saya akan info kat Kak Afiqa ye?" tutur Herry.
"Aku taknak? Takkan bini aku je kot? " sergah Sam.
Afiqa menahan gelak melihat sifat cemburu Sam terhadap Herry.Herry terus tersipu sipu malu . Sudah kahwin rupanya!
"Hehe , sorry bang . Saya info kat abang je ye? " jawab Herry sambil menahan malu . 
"Ha , macam tu baru betul penyiasat paranormal !" senyum Sam sambil menulis nombor telefon bimbitnya di atas kertas dan menyerahkan kepada Herry. Herry terus bangun dan mengucapkan terima kasih . 

Sejurus selepas Herry berlalu , Afiqa terus menghamburkan tawanya . Sam hanya menahan geram . 

No comments:

Post a Comment