Pengikut comel saya :)

Link Exchange HERE !


Atas Nama Cinta . .

 Apabila minda melekat dengan rupa parasnya , mata pula mula terpaut mencari keikhlasan dari sinar 
matanya , dan akhirnya hati mula tertawan untuk menyayanginya yang mulanya bergelar SAHABAT untuk menjadikannya atas  nama CINTA anda hingga akhir hayat . 


Tapi sayangnya , dunia kini sudah hilang erti cinta . Itulah hakikat dunia . Dimana definisi cinta buat kita kini ?
Cinta hanya mainan gelora nafsu untuk gelak tawa syaitan semata mata . 
Janji manisnya hanya mainan di bibir tetapi hati pula menceritakan segalanya . 
Anak tidak berdosa menjadi mangsa  . 
Ke mana akal kurniaan Tuhan telah Dia ciptakan untuk kita?


Sudah hilang atau tidak mahu menggunakan dengan waras ? Maafkan saya , tetapi ~ itulah HAKIKAT saya lihat apabila saya sering melihat di dada akhbar mengenai kes buang bayi hasil perhubungan haram menjadi mangsa 'dera' hingga mati tanpa sempat melihat 
dunia ini . 
Hati saya sangat sayu bercampur marah melihat sendiri kes seperti ini . 
Sudah puas bermain wayang , ditinggalkan begitu saja . Lepas itu , buang seperti mainan yang sudah rosak ! 




Ahhh , salah siapa ?
Perempuan atau Lelaki ?
Bagi saya kedua-duanya lah , seorang bijak bermain kata dan bernafsu rakus, seorang lagi buta menilai erti cinta , sampai sanggup menggadai maruah kepada  yang bukan lagi bergelar SUAMI / ISTERI. 
Ohh , sungguh murah maruah . Sampai sanggup dijual beli dengan harga yang menarik perhatian warga berhidung belang . 


Pesanan saya pada kaum bernama kedua kaum bernama LELAKI dan PEREMPUAN , 
Cinta adalah ikatan suci untuk mendapat keredhaan Allah . Bagaimana caraya ? Bernikahlah . Tapi ops , berkenalan lah dahulu  , jagalah batasanmu sebagai PEREMPUAN / LELAKI supaya Allah meredhai perhubunganmu . Maafkan saya jika pesanan saya salah , tapi inilah apa saya lihat .
Untuk membina perhubungan bahagia , kitalah yang perlu berusaha untuk membina sebuah ikatan perkawinan sah di sisi agama .  Dan secara tidak langsung , ia juga merupakan peringatan diri buat anda dan diri saya juga.
Saya akui ,  masih lagi jahil dengan-NYA , Masih bukan yang terbaik untuk-NYA . 
Ingatlah , 
Dunia cinta akan menjadi indah jika kita mewarnainya dengan penuh keihkhlasan. :)


Assalamualaikum  .  : )


*PERHATIAN saya tak cakap semua LELAKI DAN PEREMPUAN  ! Siapa terasa , pandai pandai fikir sendiri . 


No comments:

Post a Comment