Pengikut comel saya :)

Link Exchange HERE !


KFC bukan taste aku lagi , kenapa ?

What's up readers ? Best hidup hari ni ? Hehe #eh Assalamualaikum :)

So memang sangat lama jugak tak update . Kesibukan dan keseronokan belajar semula ni ibarat macam dapat handphone baru pulak . Hehe . 

Kali ni laila nak cerita la ada satu insiden ni yang membuatkan laila tak lagi makan makanan segera . Contohnya KFC ni . Walaupun ramai gila KFC ni dan laila antara salah seorang penggemar KFC suatu ketika dulu , tapi kini KFC membuat laila tak hingin makan makanan segera lagi .

Al-Kisahnya , pada Khamis lepas , lepas aje habis kelas , laila terus pegi lepaking bersama Mat Karan (Nama dia Key , HAHA) kat KFC Genting Klang . Bukan nk burukkan cawangan KFC Genting Klang ye , tapi sesungguhnya makanan kamu yang tak cukup masak sehingga membuat perut laila sakit tersangat dan tak disangka MUNTAH di situ juga  jadi ia membualkan laila serik untuk melangkah masuk ke KFC mana mana cawangan lagi . Bayangkanlah , ayam merah semacam , then Cheezzy Wedges pun macam baru lepas kena masak balik je ... Tapi masa tu laila tetap makan , rezeki kan ? So bila laila dengan Mat Karan naik tingkat atas , benda pertama laila nampak adalah pekerja yag tiada etika kat situ . Boleh pulak ye main Facebook sampai meja bersepah kan ? Kesian sangat tengok manager dia , terpaksa dia yang kemaskan , dahlah tengah pregnant , lagi lagi pekerja dia melawan , maksudnya kurang ajar la kan , mengamuk la manager tu , jadi memang ramai tengok geleng kepala . Betul la kot apa yang member laila ni cakap , dia  pernah kerja KFC  , dia cakap ,  kebanyakan management KFC kadang kadang bermasaalah . Standard la , tapi sejak akhir akhir ni terlalu banyak cerita tak baik kat KFC kan ? So agak ragu ragula nak melangkah ke KFC lagi . Harap harap lepas ni pihak KFC patut mencari pekerja tau masak makanan tu lebih baik , Dan pekerja yang tau bezakan waktu kerja dengan waktu rehat . Cawangan KFC lain okey ye , kat Genting Klang je makanan dia macam ni . Mak laila cerita , memang dari dulu camni , dari laila kecik lagi , sebab tu dia tak makan KFC kat Genting Klang . Siapa ada pengalaman macam ni ? Ceritalah ye , komen je kat bawah ni . Hehe .

No comments:

Post a Comment