Pengikut comel saya :)

Link Exchange HERE !


Hello Dunia

Hi dunia.

Sudah lama aku tak coretkan kisah aku di sini.
Aku percaya aku mampu post cerpen hasil nukilan aku sendiri sahaja setakat ni.
Sebab hidup aku penuh dengan kebisingan jalan raya kota metropolitan yang setiap hari sesak dipenuhi manusia yang banyak ragam dan kepura puraan serta sedikit kejujuran.

Setakat ini, aku dah sampai hampir ke kemuncak segulung Diploma tak lama lagi.
Dua semester lagi aku akan harung dengan usaha aku.
Kini aku di tahap semester ke ENAM.

SYUKUR ALHAMDULLILAH.


Tapi saat selepas habis waktu kegembiraan, waktu ber-LONELY aku lah paling aku suka
Kerana apabila muzik menemani aku didalam bas selepas habis kelas,
Minda aku berkecamuk,memikirkan masa hadapan.
Kadang kadang mata aku pantas beralih melihat keindahan alam....
Cantiknya dunia!
Di akhirat pasti lebih cantik kan?

Cinta?
Hati aku sudah retak seribu
Sebab aku sudah mengenali pelbagai perangai jejaka
Yang aku sendiri lihat dan dengar
Tiada terpancar satu pun keikhlasan di wajah mereka
Ada dua atau tiga sahaja tapi aku sendiri tak mampu membalas rasa cinta
Kerana aku harus perbaiki diriku dahulu
Aku tahu 
Kalau aku balas cinta,
Mampu tak sang jejaka terima kelemahan dan kekurangan aku?
Mampu tak menghormati keluarga aku dan aku?
Mampu tak bimbing aku yang masih jahil?
Sudah juga aku beri peluang untuk mereka buktikan kata kata manis yang ditabur pada aku tapi...?
Hampeh.
Cakap tak serupa bikin,itulah lelaki seakarang.
Tapi aku tau bukan semua
Pasti ada yang mampu buktikan kata kata dengan tindakan,bukan berdiam diri.

Yang aku tahu sudah cukuplah dua kali dihimpit kecewa kerana lelaki yang tidak dapat aku pasti jadi milik aku.
Sekadar mengenali jejaka sebagai KAWAN adalah lebih baik dari CINTA

Moga Allah pertemukan aku dgn jejaka baik yang boleh menerima dan membimbing aku.
AMIN.

CITA CITA?

Inshaa Allah tak ada halangan habis diploma, aku nak ke tahap Degree.Kalau ada rezeki...Master pun boleh.
Impian aku. 

KAWAN KAWAN?

Aku gembira dipertemukan kawan kawan yang menyokong aku
Menerima kekurangan aku
Bersama saat suka dan duka
Terima kasih sahabat 
Di dunia , dan inshaa Allah bertemu di akhirat ke syurga sama sama

Baiklah
Aku undur diri
Kita jumpa di alam maya lagi.

ASSALAMUALAIKUM.


No comments:

Post a Comment