Pengikut comel saya :)

Link Exchange HERE !


Apabila Remaja Bersuara Mengenai Politik . . .

Assalamualaikum wahai pembaca comel sekalian.

Kali ni , Lyla nak bebel sikit pasal isu BERSIH 2.0 ni yang berlaku pada 
9 JULAI 2011.

Walaupun dh lepas tapi isu ni sekarang sudah berjaya membuka minda masyarakat mengenai politik dengan lebih meluas . 

Untuk pengetahuan pembaca , BERSIH 2.0 ini diketuai oleh Ambiga Sreenevasan .

Dan telah menjadi satu Sejarah Malaysia di mana seluruh dunia tertarik nak tengok BERSIH ni . 
Dan untuk di ingatkan , BERSIH 1.0 pula dicatatkan pada tahun 2007 , bertarikh 10 November . 

So tak hairanlah , selepas BERSIH berjaya ditumpaskan kerajaan , nama Ambiga terus menjadi isu hangat , dan Ambiga berjaya menghuru-harakan KL. Sampai menyusahkan pengguna kereta nak balik/pergi KL pun susah . 

Lepas Isu BERSIH meledak bagaikan bom , ramai pulak rakyat terutama remaja pula membuka mata , resah dan gelisah , seolah olah Malaysia memang sudah tidak aman lagi . 

Facebook , Blog , Twitter menjadi tarikan pelajar khusus remaja megUPDATE mengenai 
isu BERSIH
Tak kurang jugak anak kecil ada yang hebat , tahu siapa Anwar Ibrahim , siapa Ambiga . 

Tapi Lyla sebagi remaja jugak, ingin Lyla tegaskan disini , tidak salah kita sebagai remaja ingin tahu mengenai isu politik tapi Sila pentingkan dunia AKEDEMIK sebelum kita sibuk menceritakan isu politik. Karang kalau sampai kat sekolah pun sebuk cerita tentang politik sahaja tak guna kalau kita main tembak je cerita di sebalik isu politik tu . Hello , cerita sebenar , biarlah orang yang bertanggungjawab tahu dan sebarkan cerita sebenarnya nanti pada kita.
 Yang penting , terang terang nampak PEMBANGKANG yang buat . So , tak perlu fikir sangat and main tembak cerita sana sini. 
 Anggaplah isu BERSIH adalh kes yang telah mencatat dalam buku Sejarah Malaysia .
 Kita hanya perlu berdoa agar BERSIH 3.0 tak dijalankan .

Biarlah PM kita menyelesaikan politik ini.
Dan orang bertanggungjawab kena stop huru harakan Malaysia. 
Kita sebagai rakyat pun nk keadaan Malaysia pulih kan?
So , mari kita sebagai remaja , mantapkan Malaysia , 
Harumkan Malaysia , supaya dunia sentiasa kagumi kita.
Supaya dunia sentiasa melabelkan Malaysia sebagai negera yang berbilang kaum tanpa sebaraang massalah sosial , politik mahu pun negara. 


WE LOVE MALAYSIA . <3




No comments:

Post a Comment