Pengikut comel saya :)

Link Exchange HERE !


Seram : Lorong Misteri

Faril terus berlari . Mencari tempat perlindungan . Dia tidak menyangka Geng Karl mula mengganas selepas dia sendiri menempah maut mencari gaduh dengan adik Karl , Jason . Hanya dengan satu tumbukan pada Jason sahaja , Karl dan kumpulannya mencari Faril. Salah dia juga , mencuri dadah milik Jason .

Tiba tiba Faril berhenti . Faril terus gelisah apabila dia hanya menemui sebuah lorong gelap ! Faril terus berfikir, berpatah balik atau masuk terus ke lorong itu ? Ahh tidak , Karl sudah hampir ! Faril terus berlari masuk ke lorong itu . Karl dan kumpulannya terus berhenti .

" Lu nampak tadi kan dia masuk lorong tu ? Macam mana boleh tak ada pulak ?" Marah Karl . Kuncu kuncu Karl hanya memandang . Tidak lama kemudian , kuncu Karl ,
Adam pula bersuara .

"Aku rasa kita kena selamatkan dia . Dadah tu boleh aku beli bro , tapi dia tu dah masuk dalam lorong tu !
Kau tak takut kalau benda sama terjadi .."
Belum sempat Adam menghabiskan kata katanya , Karl terus menjeling padanya , Adam terus membisu. Tahulah bahawa jelingan itu menandakan Karl tidak senang dengannya.
"Gua rasa , kita blah je . Jom ! Lu Adam , karut la Lorong tu ! Jalan mati , buta ke?"
 Marah Karl dan terus meninggalkan Adam.
Kumpulan Karl turut ikut serta.
Adam juga turut berlalu sambil memandang lorong itu . Aku harus selamatkan dia !
Getus hati Adam .


RUMAH FARIL , 12:AM





Afiqa terus membisu . Afiqa terus memikirkan jalan mencari abangnya, Faril. Sam hanya memandang Afiqa dengan rasa simpati . Sam bangun dan terus menuju ke arah Afiqa ,.
"Relax Fiqa , Abang Faril tak ke mana . Kejap lagi mesti dia balik ." tutur Sam . Afiqa hanya memandang kosong ke arah Sam . Afiqa mengeluh .
"Sam , dia abang I . Macam mana kalau .... "
Belum sempat Afiqa menghabiskan kata katanya , Sam pintas mencelah .
"Relax . Cuba jangan gelabah . " kata Sam sambil memegang tangan Afiqa.
Afiqa terus membisu . Fikirannya terus melayang , memikirkan keadaan Faril.

DING DONG !

Sam terus menuju ke arah pintu dan membukanya . Kelihatan Adam hadir di muka pintu dengan wajah yang penuh kegelisahan . Afiqa terkejut apabila melihat kelibat Adam. Afiqa terus menyerang Adam tetapi berjaya dihalang oleh Sam . Afiqa terus menjerit .
"Mana abang aku?! Mana?!"
Afiqa terus menjerit sementara Sam cuba menenangkannya . Adam terus membisu .
"Fiqa , sabar . Adam , mana Faril ? " tanya Sam sambil menenangkan Afiqa.
"Faril .... Dia ... Dah masuk kat lorong tu..."
Afiqa terus terdiam . Afiqa perlahan lahan menuju ke arah Adam .
"Adam ... Takkan dia masuk lorong tu ?" Tanya Afiqa sambil memandang Adam.
"Serious la Fiqa . Dia lari masuk lorong tu ! " kata Adam bersungguh - sungguh .
Afiqa terus terduduk . Afiqa terdiam dan terus memandang Sam .
"Sam, jom kita pergi lorong tu ."
"Fiqa , what did ... ?"
Afiqa terus berdiri , dan memegang tangan Sam.
"Kita pergi je lorong tu . Panggil Ash datang cepat . Cerita terus keadaan Faril kat Ash . Dia je boleh tolong." kata Afiqa dengan penuh keyakinan.Sam terus memandang suri hatinya. Masih berani dari awal percintaan sampai dah berkahwin . Sam terus mengangguk dan mencapai telefon , mendail nombor Ash.
"Kau serius ke? Ash boleh tolong dia ? " tanya Adam .
"Aku yakin , Karl pun kena tahu pasal Lorong tu." tutur Afiqa .
"Okey , esok aku datang lagi , bawak Karl ." jawab Adam.
"Okey." jawab Afiqa lemah .
"Fiqa , aku minta maaf . Aku tak patut kejar Faril...." kata Adam.
"Tak apa. Bukan salah kau. Kau cuma ikut Karl." jawab Afiqa.
"Okey ." senyum Adam.
Afiqa tersenyum hambar . Afiqa tekad , membawa pulang Faril tidak kira apa jua cara sekalipun meskipun Lorong itu menyimpan pelbagai cerita duka di hati Afiqa sendiri .

TAMAT EPISOD SATU .










3 comments:

  1. follow au http://menulisebuahcerita.blogspot.com/ (saye terdesak untuk dapatkan followers) saye berjanji akan follow awak!!

    ReplyDelete
  2. follow au http://menulisebuahcerita.blogspot.com/ (saye terdesak untuk dapatkan followers) saye berjanji akan follow awak!!

    ReplyDelete