Pengikut comel saya :)

Link Exchange HERE !


Cerpen : Melodi Cinta Aisyah

Irama muzik Scorpions mula bingit dan meriah di bilik Rayyan . Rayyan terus menari dan memegang mikrofon buatan sendiri diperbuat daripada kertas surat khabar. Minat Rayyan terhadap muzik tidak pernah pudar . Sejak kecil lagi muzik menjadi teman terbaik Rayyan untuk melepaskan tekanan . Pelbagai uji bakat telah dia tempuhi tetapi tiada siapa ingin menyinari bakatnya . Rayyan terus teringat akan insiden uji bakat nyanyian yang dianjurkan oleh salah satu majalah terkemuka di Malaysia . Masih ingat lagi bagaimana si juri mengherdik dia agar berhenti berangan untuk menjadi penyanyi . Rayyan terus geleng kepala meingati insiden itu.
"Tak apa , suara aku akan menjadi pilihan orang ramai tak lama lagi." ucap Rayyan bersendirian. 
Dia menyambung pula nyayiannya . Dia terus menyanyi .

TOK TOK !

"Hoi orang di bilik , silalah perlahankan suara katak yang comel tu ya!" jerit seseorang.
Rayyan terkejut dan membuka pintu.
Dilihat seorang wanita iaitu Rasyidah , kakak Rayyan sedang mencekak pinggang gaya ahli gusti.Rayyan menggaru kepala . Orang gila gusti macam ini , habis semua gaya macam ahli gusti, getus hati Rayyan. 
"Kau pandang apa ? " tanya Rasyidah. 

"Aku pandang tak boleh ? Alahai , eh aku nyanyi balik, byee!" Rayyan menutup pintu tetapi ditahan Rasyidah.
"Amboi budak bajet comel , kau tak payah nyanyi.Kau nyanyi satu patah perkataan sahaja habis semua kucing berlari keluar sebab suara kau sedaaaaap sangat." 
ejek Rasyidah sambil tersenyum.
Rayyan hanya memandang kakaknya . Rasa nak gusti pula budak ini ! 

"Amboi , pujian untuk kita? Terima kasih awak .Dah aku sambung kerja aku , byee !" Rayyan cepat cepat menutup pintu. 
Tak sempat Rasyidah menghalang . Suara Rayyan kembali bergema . Rasyidah menghentak kaki di lantai . 
"Heyyy , tak dengar cakap budak ni ! " geram Rasyidah.
Kalau Ayah dan Ummi ada pasti berleter tapi keduanya bertemu Tuhan 3 tahun dahulu. Semenjak itu , Rayyan menajdi semakin liar.Rasyidah hanya menggeleng . 


Rayyan terus menyanyi . Hidup tanpa muzik beginilah , boleh haru biru kalau tak menyanyi satu hari.Sanggup tak lepak dengan rakan rakan kerana lebih selesa di rumah menyanyi tanpa henti. Eh, makan dan mandi haruslah diutamakan tapi ditaja oleh kakaknya jadi senanglah hidup Rayyan untuk meneruskan aktiviti kegemarannya.Tiba tiba , azan mula berkumandang tetapi Rayyan mengendahkannya . Terlalu khusyuk dengan dunianya . Habisnya azan berkumandang , Rayyan tetap menyanyi. Rasyidah mengetuk pintu.

"Rayyan , jom solat!" jerit Rasyidah dengan lengkap bertelekung . 
"Sat naaa , aku tak habis nyanyi lagu Gangnam Style ni!" sahut Rayyan.
"Solat la dulu kalau ye pun bro." lembut Rasyidah.
"Kejap la sayang" sahut Rayyan.
"Hotak kau , cepat la gila!Ambik wuduk!" jerit Rasyidah. Sudah panas hati tahap maksimum dengan adiknya.Rasyidah berlalu dan memikirkan siapa yang layak menasihati Rayyan untuk berubah.


Rasyidah mula mengemas biliknya . Ditatapnya gambar rakan rakannya . Menggamit memori zaman sekolah. Sudah 3 tahun meninggalkan alam persekolahan . Tiba tiba dia tersenyum . Mencari sesuatu . Tidak lama kemudian , dia menjumpai satu gambar . Dan terus tersenyum. Inilah masanya , detik hati Rasyidah . Dia mengambil telefon bimbit dan mendail nombor seseorang . Mengharapkan suatu sinar untuk masa depan Rayyan.


*************************************************

Pagi isnin yang indah , Rayyan masih lagi tidur dan bermimpi di alam fantasi . Rakan baiknya, Erwan selalu mengajak ke kelab malam dan Rayyan mengikuti haluan Erwan . Ujibakat nyanyian juga Erwan temankan. Malam tadi juga seronok berhibur dan pulang ke rumah pada pulul 4 pagi . Rasyidah pula menonton televisyen . Rancangan MasterChef menjadi pendorong Rasyidah untuk membuat pelbagai menu ciptaan sendiri. Rasyidah melihat jam , dan menggeleng. Sudah mengagak Rayyan takkan bangun . Kalau disimbah air karang mengamuk pula adiknya itu. 


DING DONG !


Rasyidah bangun dan menutup televisyen. Dia membuka pintu. Seorang lelaki berkemeja kolar , berambut ala Korea bersama seorang wanita bertudung labuh bersamanya.
"Eh masuklah , lama betul tak jumpa ! " pelawa Rasyidah.
Mereka masuk dan membuka kasut. Rasyidah menutup pintu . Dia mempelawa tetamu itu duduk di ruang tamu dan terus ke dapur  menyediakan minuman.. Setelah selesai , Rasyidah membawa minuman dan 
sedikit keropok .

"Terima kasih Wan sebab datang." kata Rasyidah.
"Sama sama . Thanks ajak aku juga. So , apa cerita? " tanya Wan . 
Wan merupakan rakan baik Rasyidah sejak sekolah rendah lagi.. Wan merupakan seorang yang warak walaupun berpakaian moden tapi masih mengamalkan hukum hukum islam.
"Hehe , biasalah hidup solo. Dengan adik aku. Haa , macam mana nak tolong aku tu?" tanya Rasyidah tidak sabar.
"Ehh , tanya itu dulu ke? Ingatkan tanya kita dah kawin ke , nak meminang kau ke..." gelak Wan.
"Sengal la kau... still macam dulu lagi kan? Ehh cepatlah ! Macam mana?" soal Rasyidah tidak sabar.
"Haiyoo ini perempuan tidak sabar maaa. Okey , ini sepupu aku dari Universiti Al Azhar . Nama dia , Siti Aisyah . Comel kan? " usik Wan
"Amboi , tak payah la puji sangat kan?" senyum Aisyah.
"Hehe , aku rasa dia boleh tolong.She is the best ." kat Wan sambil mengangkat ibu jarinya.
"Adik aku kat bilik. Aku panggil dia ya?" tanya Rasyidah.
"Panggil je." kata Wan.
Rasyidah terus bangun menuju ke bilik Rayyan.

Rayyan masih lagi diulit alam fantasi. Rasyidah menampar pipi Rayyan . "Ehh memang terpaksa kali ni" kata Rasyidah sendirian.

PANG!!!

Rayyan terkejut dan tejatuh dari katil. Rayyan mengusap usap pipinya. Terus segar mata bila tangan singgah dipipi. 
"Woi , kasar nampak?" geram Rayyan sambil menahan sakit.
"Bangun , ada tetamu istimewa. Pakai seluar panjang , baju berlengan ! Kau pakai seksi siap kau!" geram Rasyidah berlalu pergi.
Elehh , seluar pendek dan tak berbaju pun kata seksi. Jealous la tu , getus hati Rayyan.

15 minit kemudian , Rayyan keluar. Dia terus menuju ke ruang tamu. Dia berhenti di tengah ruang tamu.
"Masya-Allah , cantiknya awek ni ! Freehair confirm lagi cantik, Ishh ishh !" kata Rayyan di dalam hati.
Rayyan terus membetulkan bajunya dan berjalan gaya macho.
Rayyan duduk dan menghulurkan tangannya untuk salam. Aisyah tersenyum . 
"Hai awak" kata Aisyah.
Rayyan tersenyum malu dan menggaru kepalanya . 
Rasyidah dan Wan tersenyum simpul. Mereka berempat terus berbual.


Sudah 5 bulan Rayyan mengenali Aisyah . Rayyan ingin sekali melihat kecantikan asli Aisyah . Dia lebih suka jika bakal kekasihnya seorang yang cantik dan tidak bertudung labuh. Jatuh standard dia sebagai lelaki terbaik di kelab malam. Aisyah menetapkan syarat untuk keluar harus dia membawa adiknya bersama jika ingin keluar dengannya . Rayyan menggaru kepala , susah untuk keluar berdua . jumpa sekali masa pertama kali berjumpa . SMS sahaja jadi laman untuk berkenalan . Rayyan menggeleng . Mencari jalan untuk keluar berdua dengan Aisyah.Akhirnya dia nekad , ikut sahaja syarat Aisyah. Dia terus mendail nombor Aisyah.


"Aisyah..." kata Rayyan.
"Assalamualaikum Rayyan , salam tanda sahabat." jawab Aisyah.
"Errr , wa'alaikumus'salam. Free tak esok Aisyah? " kata Rayyan sambil mengigit jari. Menunggu jawapan dari Aisyah .
"Esok saya tak busy . Boleh je . Nak bawak saya dengan adik saya ke mana?" soal Aisyah.
"Tengok wayang ? Karaoke ? Taman Tasik Titiwangsa? " soal Rayyan.
"Taman Tasik lebih afdal.Balik petang ya?" kata Aisyah
"Okey , untuk awak saya okey sahaja" kata Rayyan.
"Okey jumpa esok. Saya sms alamat dekat awak ya. Assalmualaikum awak" kata Aisyah 
dan dia terus mematikan talian.
"Hmm....Tegas dia ni. Takpe la , janji keluar !" ucap Rayyan sendirian.


                           *************************************************


Rayyan dan Aisyah berjalan menuju ke tempat duduk di hadapan Tasik . Adik Aisyah pula bermain helikopeter mainan sendirian . Rayyan duduk di sebelah Aisyah . 
"Awak okey ke ? " soal Rayyan.
"Eh , okey je . Cuma saya segan duduk sebelah lelaki bukan muhrim. Takut apa apa jadi. Saya duduk jauh sikit okey ya." kata Aisyah menjarakkan sedikit kerusi.
"Oh okey ." kata Rayyan.
Aisyah senyum dan memandang Rayyan.Rayyan malu sendirian . Berdegup jantungku , inikah cinta? Tak 
tak , dia tak sesuai. Getus hati Rayyan. 
"Awak lain kan ? Kenapa bertudung ya? Maaf tanya ." soal Rayyan memulakan bicara.
Aisyah tersenyum. 
"Tak apa, Rambut saya ini mahkota yang penting. Sekarat mana kita celup warna rambut itu , akhirnya tetap hitam . Dan ia ialah wajib ke atas semua wanita islam bila dah baligh" tegas Aisyah tapi lembut.
Rayyan senyap. "Haa , kan dah kena tembak macam machine gun !" getus hati Rayyan.
"Awak suka karaoke ? " soal Aisyah .
"Ya , minat . Macam macam uji bakat pergi . Satu pun tak pass." kata Rayyan.
"Oh , tapi awak tak rasa ke karaoke tak dapat puaskan hati awak?" soal Aisyah.
Rayyan termenung. Dia memandang Aisyah dan senyum.
"Rasa tak puas." lancar Rayyan berbicara . Pertama kali jujur. Entah mengapa jujur dengan gadis ini.
"Nak tahu kenapa?" soal Aisyah sambil tersenyum.
Rayyan membetulkan posisi duduk menghadap ke arah Aisyah. Aisyah memulakan bicara.
"Sebab hati awak kosong tanpa secebis iman . Adakah awak tinggal solat?" lembut Aisyah.
Rayyan mengangguk.
"Adakah awak ignore azan dan tak baca Quran or Yaasin?" soal Aisyah lagi.
Rayyan mengangguk laju.
"Puasa?" soal Aisyah
"Tak pernah tinggal" jujur Rayyan.
Aisyah mengangguk. Dia terus membetulkan posisi tempat duduk.
"Nak tau kenapa awak tak pernah puas?" soal Aisyah
Rayyan mengangguk dan memandang Aisyah.
"Kerana hati awak tidak dipenuhi muzik yang terindah . Azan lah muzik paling indah bagi saya. Tanpa sebarang alat , berjaya menarik hati sesiapa untuk menhayati keindah-NYA." lembut Aisyah bertutur.
Rayyan diam seribu bahasa. Kata kata Aisyah bagi menusuk hatinya. Seperti pedang samurai yang menghiris hatinya. 


ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR !


Azan bergema . Aisyah berdiam diri . Dibuai hanyut dengan alunan Azan menandakan waktu zohor.
Rayyan perlahan lahan mengamati alunan azan. Selepas azam habis berkumandang , Aisyah menadah tangan dan membaca doa . Rayyan memandang Aisyah dengan satu rasa lain dari yang lain. Selesai mengaminkan doa , Aisyah memandang Rayyan dan melihat airmata Rayyan menitis tanpa disedari Rayyan sendiri. Aisyah mengambil tisu dan menyerahkan kepada Rayyan . Tidak sedar Rayyan agaknya , getus hati Aisyah. 
"Hello awak ? " kata Aisyah sambil menggerakkan tangannya.Rayyan sedar dari lamunan.
"Oh sorry . Err apa tu ? " tanya Rayyan.
Aisyah tergelak kecil . "Tisu la. Lap air mata awak. Jom solat." kata Aisyah. Rayyan mengambil tisu dan tersenyum. Mengelap airmatanya. Dia memandang Aisyah .
"Awak , seumur hidup saya tak pernah solat. Jadi sifu saya untuk mendalami Islam." spontan Rayyan berbicara.
Aisyah tersenyum dan menadah tangan tanda syukur. Aisyah memanggil adik lelakinya dan menyuruh adik lelakinya menemani Rayyan ke surau yang berhampiran Taman Tasik Titiwangsa.

                             *************************************************


Sudah dua tahun Rayyan mengenali Aisyah . SMS pun sudah cukup baik . Jumpa bawak adik lelaki Aisyah dan Rayyan telah pun bertemu dengan keluarga Aisyah . Sama warak seperti Aisyah. Rayyan sudah pun meninggalkan dunia karaoke. Poster artis kegemarannya juga dibuang dan ditukar wallpaper biasa biasa sahaja. Alat karaoke dibuang tetapi CD karaoke disimpan sebagai satu kenangan . Rayyan yang baru kini lebuh baik . Solat tidak tinggal lagi dan mengamalkan sunnah sunnah Nabi atas ajaran adik Aisyah.Moden tapi masih tetap ikut islam. Seluar pendek juga disimpan dan berhasrat pakaian ini hanya akan dipakai dihadapan isteri sahaja . Kelab malam juga sudah ditinggalkan .Dia juga mencuba menasihati rakan baiknya Erwan untuk berubah tetapi Erwan lantas tidak mahu menjadi rakan Rayyan setelah melihat sendiri perubahan Rayyan.Kini Rayyan sudah berkerja sebagai kerani akaun . Tidak megharapkan ihsan duit kakaknya lagi. Kakaknya pula sudah berkahwin dengan Wan. Jodoh di depan mata sahaja. Senyum Rayyan.

Rayyan mula berfikir , haruskah dia melamar Aisyah ? Dia berfikir sedalamnya . Rayyan menggaru kepalanya.Dia terfikirkan rakan baik kakaknya iaitu Wan dan lantas menelefon Wan.

"Aku nak lamar Aisyah bro. " Kata Rayyan.
"Alhamdulillah . Lamarlah keluarganya dulu.Baru dia" kata Wan.
Rayyan mengucapakn terima kasih dan mematikan talian. Nekad untuk bertemu keluarga Aisyah.

                     *************************************************
Keesokkan harinya , Rayyan bertemu dengan keluarga Aisyah dan menyampaikan hasrat hati di hadapan bapa Aisyah dan Aisyah. Bapa Aisyah tersenyum dan mengangguk . Begitu juga ibu dan adik beradik Aisyah. Rayyan tersenyum lebar dan pantas melamar Aisyah di hadapan keluarga Aisyah . Tidak mahu menangguh lagi.

"Awak , jadilah sifu saya di dunia dan akhirat kekal selamanya hingga ke syurga. Sudikah Siti Aisyah Binti Saleh menjadi isteri saya?" kata Rayyan sambil melutut dan menunjukkan cincin . Aisyah tersipu sipu dan melihat wajah Rayyan. Penuh keikhlasan.


                         *************************************************


Aisyah dan Rayyan selamat di ijab kabulkan . Dengan sekali lafaz , Aisyah kini milik Rayyan Bin Rahmat.
Rayyan memulakan episod cinta dengan melakukan solat sunat selepas perkahwinan bersama Aisyah. Hanya pelamin sahaja dipasang . Saudara mara Aisyah dan Rayyan serta rakan rakan terdekat dijemput. Hantaran mereka menjadi topik hangat di majlis perkahwinan mereka. Hantaran berbentuk makanan sudah memandai memandangkan Aisyah ingin bersederhana dalam majlis mereka. Tiada renjis di tangan seperti adat Melayu.Bergambar sudah memandai.

Rayyan tersenyum sambil menatap foto perkahwinan mereka . Aisyah menuju ke arah Rayyan sambil membawa segelas air . Dihulur kepada Rayyan . Rayyan minum dan meletak gelas di atas meja . Dia memegang tangan Aisyah.

"Best pulak ingat majlis kita tu kan sayang?" kata Rayyan memulakan bicara.
"Kan I dah cakap kat you kan? Lagi berkat tau!" senyum Aisyah.
"Iyaa , comel you masa tu." kata Rayyan sambil mencubit pipi Aisyah.
Rayyan memandang Aisyah dengan penuh kasih sayang.
"You , terima kasih sebab ubah hidup I. Bagi I , You umpama seorang komposer yang mengubah melodi muzik dengan lebih baik . Dan you berjaya buat I tertarik untuk menghayati melodi yang telah you berikan pada I.Melodi acuan islam." tutur Rayyan lembut..
Aisyah tersenyum dan memegang erat tangan Rayyan . 
"Sama sama .Melodi cinta yang berlandaskan syariat islam lebih baik dari melodi Bon Jovi . " seloroh Aisyah.Terhambur ketawa Rayyan.
"Perli ya? Tumbuk tau la!" geram Rayyan sambil menarik hidung Aisyah.
"Kononnya nak tumbuk. Tumbuk cili padi pun tak reti!" jawab Aisyah sambil ketawa.
"Amboi budak kecik ni!" kata Rayyan geram.
"Betul kan? Hehe." senyum Aisyah.
Rayyan tersenyum dan memeluk Aisyah sambil menyaksikan bulan dan bintang bersama Aisyah. 
Dia terus menyanyi lagu Belaian Jiwa kepada Aisyah .Aisyah tersenyum melihat gelagat Rayyan.
Rayyan ketawa .
"Melodi lagu dan lirik I nyanyi hanya untuk you Aisyah" kata Rayyan sambil memeluk Aisyah.


-THE END- 


No comments:

Post a Comment