Pengikut comel saya :)

Link Exchange HERE !


SuperHerol - Bahagian 1

PANGSAPURI ANGKASA - BANDAR RAIKON

Herol duduk membisu . Tidak tahu apa yang perlu dilafazkan sejak pemergian kekasih hati . Hanya suara peti televisyen memecah kesunyian.Kematian Natasha sangat menyayat hati . Dibunuh tanpa sebab . Herol terus melihat bibir sang pemberita berbicara mengenai Natasha . 

"Si mangsa dilaporkan dalam keadaan 100 peratus rentung dan pihak polis mengesahkan bahawa mayat tersebut merupakn seoarng gadis bernama Natasha Nelson Abdullah berumur 23 tahun berdasarkan sample DNA rambut yang ditemui .
Pihak polis meminta orang awam memberi laporan jika mengenali si mangsa di balai polis berhampiran.Saya Nadirah Ali lintas langsung dari Jalan Widuri untuk RaikonTV" 

Herol terus mencapai alat kawalan jauh dan menutup televisyen.Bandar Raikon sudah mula kucar kacir. Pembunah masih berkeliaran mencari mangsa . Herol lantas bangun dan mengambil jaket . Dicapainya kunci kereta dan menutup lampu. Pintu ditutup rapat rapat. 


Herol memandu dengan penuh kesedihan.Kehilangan Natasha bagaikan satu kejutan.Baru sahaja bertengkar dengannya . Tidak menyangka itu adalah detik terakhir Natasha bersamanya. Dua tahun bersama akhirnya musnah dengan begitu tragis. Tiada sebarang pesanan untuknya lagi , tiada belaian kasih dari Natasha lagi. Hanya memori manis menjadi peneman . 

PINN ! PINN !


Herol terkejut dan mula hilang kawalan . Keretanya mula hilang arah. Sebuah lori kebetulan dihadapannya terus melanggar Herol.


KRASHHH !


Kereta Herol terbabas dan merempuh lori tersebut.Herol mula merasai kesakitan dan perlahan lahan memejam mata . Mengharapkan bantuan tiba . 



JAM 3.45 PAGI -  MAKMAL MISTERI 

Herol membuka mata . Dia melihat kiri dan kanan. Berada di suatu tempat. Seperti makmal. Siapakah yang culik ? Getus hati Herol sendiri. Herol mengerang kesakitan . Melihat luka di kaki yang sudah dibalut.
Seorang lelaki tua muncul . Melihat wajah Herol. 
"Saya bawa awak ke sini. Awak terpilih" bicara lelaki tua itu sambil menuju ke arahnya bersama segelas air.
Herol merenung lelaki tua itu. "Kau mengarut apa?" Herol mula meradang.
"Kasar bahasa budak ni.Tak apa.Kau senyap senyap sikit." kata lelaki tua tersebut dan memanggil kuncu-kuncunya mengawal Herol.
"Air apa tu?" soal Herol.
"Diam je !" marah lelaki itu dan memegang wajah Herol. Memaksa Herol minum air tersebut.
Herol meronta dan air sudah pun di telan. Herol mula pening dan rebah semula.
Lelaki tua itu tersenyum dan menyelimutkan Herol dengan baik. Mengharapkan suatu perkara akan berlaku apabila Herol bangun.Lelaki tua itu terus memanggil kuncu-kuncunya membawa Herol pulang ke rumah.



BERSAMBUNG .......

No comments:

Post a Comment