Pengikut comel saya :)

Link Exchange HERE !


Cerpen - NOTA MERAH


    Mahali mula mengemas meja kopi.Wajah Mahali berkerut melihat meja kopi  sangat berselerak.Kafe miliknya memang begitu setiap hari.Makan tahu,kemas tak tahu.Lumrah pelanggang setia sentiasa hadir ke kafe dengan hanya berbekalkan wang ringgit.Pesan,makan dan bayar.Selebihnya hebat menyembang kosong.

      Mahali mengeluh tapi tersenyum.Bangga perniagaan miliknya menjadi buah mulut saudara saudara serta rakan rakan yang selalu caci maki dirinya yang hanya setakat pangkat SPM sahaja.Sekarang,sudah 3 cawangan ada ditangan Mahali.Ternganga musuh ketat dari sekolah menengah bila diberitahu perniagaannya mencecah RM8 ribu sebulan.

“Boleh la kau belanja ,support niaga aku bro” kata Erick si musuh ketat Mahali.Sudah aku kaya,baru mahu menggedik cari aku,getus hati Mahali sambil tersenyum mengimbau gelagat Erick.

    Mahali hanya memerhati gelagat gelagat pelanggang pelbagai bangsa dan agama.Ada sepasang kekasih Melayu ligat bertepuk tampar.Seorang remaja wanita keseorangan menghirup teh Akasia ciptaan Mahali yang semakin mendapat sambutan.Manis sekali kata orang.Ada pula seorang jejaka berusia lingkungan 30-an sedang sibuk menghadap skrin telefon.Sibuk barangkali menguruskan perniagaan sendiri.Dan lelaki tua bersama anak lelakinya.Kelihatan isteri lelaki itu tersenyum riang.

  Mahali berfikir mahu mulakan permainannya,Tapi Mahali duduk.Menunggu seseorang.

        “Awak,saya dah sampai” spontan seorang gadis memeluk Mahali.Mahali menoleh dan cubit pipi gadis tersebut.

“Dah siap semuanya?” soal Mahali sambil mengusap tangan si gadis berwajah ceria dan comel itu.
“Dah.Kita start?” soal gadis itu memandang Mahali.Mahali mengangguk.

                  
          Ella menghirup teh Akasia dengan penuh ketenangan sambil membaca karya novelis kegemarannya,Nadia Khan iaitu Kelabu.Tiba tiba seorang gadis meletak sekeping kertas merah.Ella hairan melihat gadis itu meletak helaian kertas kecil itu ke semua meja pelanggang.Ella menutup bukunya.Mengambil kertas merah itu dan membaca bait perkataan yang tertulis di kertas tersebut.


“RAHSIA KAU AKU TAHU.NOKTAH”



                     Ella mula hairan.Fikirnya,mungkin main main agaknya.Lelaki di hadapannya yang kebetulan sedang membaca bait nota itu pun menggeleng geleng dan memandang ke arah Ella.Ella hanya diam membisu dan memandang lelaki berwajah Cina itu.Lelaki itu tersenyum kelat dan spontan bangun.Menarik kerusi dan duduk dihadapan Ella.

Did you understand what is this?” soal lelaki Cina tersebut.

I don’t know.Maybe just a joke?” jawab Ella tanpa memandang lelaki Cina itu.

“I rasa seram juga.Maybe just a joke” kata lelaki Cina itu sambil memandang wajah Ella yang cantik bertudung.Sudah dari tadi dia mahu cuba bercakap dengan gadis ini tapi tiada idea untuk berkata kata.

“I Helmi.You?” lelaki Cina itu spontan menghulur tanda perkenalan.Ella senyum dan mengangguk.Muaalaf rupanya jejaka ini.

“Ella.I’m Muslimah so I tak salam lelaki kecuali father I.Sorry eh ?” jawab Ella berhati hati.Takut lelaki ni terasa pula.

“Ohh tak apa.Hari hari you sorang dekat sini?” soal Helmi sambil khusyuk memandang mata Ella.
“Yup…dah biasa.Student life.You pula kenapa selalu sorang juga?”

Suasana SEPI.

Helmi tersenyum .

   “I pun kerja.Tak ada masa cari calon kot.Sekarang baru ada masa” jawab Helmi spontan sambil memandang ke arah mata Ella.

Ella ketawa kecil.Merasakan jejaka ini gila.Ella sendiri nekad tidak mahu melayan lelaki sebagai kekasih.
         
*******************************************************************************
       
       Pintu kafe dikunci.Gadis dan Mahali mula berdiri tegak.Ella dan Helmi kaget.Pasangan kekasih disitu juga terkasima melihat kelakuan Mahali dan gadis genit itu .Aneh.
“Jangan risau.Ini semua.Ini cuma ujian kami.Dah tengok ke kertas merah tu?” soal Mahali.
“Kau ni main main ke?” soal jejaka yang duduk bersama kekasihnya sambil berdiri dan menuding jari kea rah Mahali.Sang kekasih jejaka itu menenangkan jejaka itu.
“Amar,calm down
“Jom balik,Wina.” Jawab Amar sambil memegang erat tangan Wina tapi dihalang Mahali.
“Kopi kau aku bubuh racun.Ada 60 minit untuk kau ceriita kisah benar dekat Wina” kata Mahali.
Ella dan Helmi terkejut.Memandang antara satu sama lain.

Amar membulatkan mata.

Wina terkaku.

“Cepat,aku ada anti-dot.Kau cakap je yang benar” kata si Gadis tersebut.

Helmi kaget.
Ella mula menggigil.

Mahali memandang si gadis.Gadis menangguk dan menarik mayat seorang lelaki lalu campak lelaki itu di hadapan Amar.Amar spontan menjerit kecil.

“Itu mayat yang minum kopi racun aku bagi tadi.Padah tak cakap benar” kata Gadis tersebut.

Amar memandang Wina.

You,I already married.” Jawab Amar.

Tamparan kuat hinggap di pipi Amar.

“Nama bini kau,Tasha kan?Wina ni kau nak kikis duit dia kan?” soal Mahali.
“Ya” jawab Amar.
“Ada lagi?” soal Mahali
“Tak.Tu je” jawab Amar

Mahali mengambil syringe di dalam poket bajunya lalu menyuntik di lengan Amar dan Wina.
Wina berlari dan Amar cuba mengejarnya.

“Ella,giliran kau.” Kata Gadis itu sambil duduk di sebelah Ella.Ella mula mengigil.
“Kau ni tak malu ke nak suruh buka aib sendiri?!” marah Ella.Gadis itu ketawa besar.
“El,bagitau je.” Jawab gadis tersebut lembut.

Helmi hanya memandan Ella yang mula menangis.
Ella menarik nafas.

“Helmi….I dah lama tengok you” jawab Ella sambil bangun.
Helmi memandang Ella.

You pembunuh kakak I.Kan?Dua tahun lalu lepas kakak I selesai makan di kafe ni…You rogol dan bunuh dia.” Jawab Ella sehingga dirinya mula tak terkawal.Membaling cawah teh ke dinding.

Helmi spontan bangun dan cuba menenangkan Ella.
“Silap you…I tak buat” jawab Helmi.
“Kau cakap yang benar la Helmi.Kau tengok Ella sebab kau memang suka Ella tapi kau lepaskan nafsu dekat kakak dia bila kau tengok Ella ni lagi baik dari kakak dia kan?” soal Mahali sambil mengacu pistol di kepala Helmi.

Helmi kaget.Ella memandang marah ke arah Helmi.

“Okay.I do.Hasrat I nak jadikan you isteri I tapi malam tu…Kakak you pakai seksi sangat.Nafsu I membuak buak.I dah tak buat dah” jawab Helmi sambil mengalirkan air mata.

Gadis itu tersenyum dan membubuh anti-dot di lengan Ella dan seterusnya ke lengan Helmi.
Tapi Ella pantas menepis syringe milik Helmi.

“Kau tak layak hidup.Tak layak!” pekik Ella sambil berlari.

Helmi terduduk di lantai.Hanya maut akan menanti dalam masa 30 minit.

        
           Mahali memandang kea rah pasangan suami isteri bersama lelaki tua yang sedang terpaku melihat dua insiden menyayat hati .Lelaki tua itu pantas mengeluarkan telefon bimbit tapi Mahali pantas mengacu pistol ke arah lelaki tua itu.

“Aku taknak jadi kes polis,Nak hidup,sila bercakap benar” ugut Mahali sambil tersenyum sinis.
“Siapa nak start dulu?” soal si Gadis.

Suasana sepi.

“Ada lagi 20 minit.Cepat!” jerit Mahali.

“Dira….papa minta maaf.Papa yang paksa abang kamu bunuh Gabriel.”
Dira terkejut.

“Papa tak nak Gabriel bersama kamu…jadi papa suruh abang kamu bunuh dia.Jatuh motor cuma penipuan.” Jawab lelaki tua itu.

Dira memeluk ayahnya dan memandang jejaka disebelahnya.

“Abang , Dira mengandung ni anak Gabriel.Bukan abang.Maafkan Dira abang Rayqal.” Jawab Dira sambil tertunduk malu.Airmata membasahi pipi Dira.

Rayqal memandang Dira penuh kesal dan geram.Tapi sudah terjadi,Rayqal hanya diam membisu.
Rayqal mengeluh.
“Abang tak kisah.Kasih abang dekat Dira tak pernah luntur.” Jawab Rayqal sambil memeluk Dira erat erat.Dira menangis.

Mahali tersenyum dan menyuntik anti dot ke lengan mereka.
Dira,Rayqal dan lelaki tua itu pantas keluar.
10 minit selepas itu,pasukan polis menyerbu kafe Mahali.

“Sabar tuan.Pistol ni mainan.Dan saya tak bubuh racun.” Jawab Mahali.
“Dan…syringe ini air kosong je” jawab si Gadis.

Mayat itu?Itulah Erick.Erick hanya menolong Mahali.Berpura pura mati demi wang ringgit.




                          4 hari berlalu,Mahali dan Gadis didapati tidak bersalah tetapi kafe mereka akan dipantau rapi oleh pihak polis.Helmi disahkan selamat.Ella tidak lagi hadir ke kafe Mahali.Lelaki tua itu didapati bersalah dan dipenjarakan.Dira dan Rayqal kekal bersama.Mahali tersenyum apabila mengingati wajah wajah mangsanya.Pelbagai kisah terjadi di kafenya.Seronok melihat kebenaran orang lain.Mahali dikejutkan dengan pelukan Gadis.Mahali meletak kopinya di atas meja.

“Best kan haritu?” soal si Gadis sambil mengucup pipi Mahali.
“Hobi abang” jawab Mahali spontan.
“Kalau macam tu,abang pun ada rahsia kan?Abang bagitahu la…sebab sayang dah bubuh racun dalam kopi abang tadi.” Jawab gadis itu sambil tersenyum.

Mahali memandang Gadis.

Mahali memandang kopinya serta kertas merah di sebelah kopinya.

Haruskah aku lakukan?Getus hati Mahali.

TAMAT.





No comments:

Post a Comment