Pengikut comel saya :)

Link Exchange HERE !


Aku Pembaris

Hai , nama aku Pembaris  . Nama glamour aku , Rees. Aku bewarna merah . Di kedai
 Buku Tangan Lima ini , Setiap hari , setiap saat , ramai gila tak terkata sibuk pandang pandang , jeling jeling aku yang cukup HOT lagi mengancam ini . Lagi lagi perempuan cantik selalu melihat aku dengan penuh kasih sayang , 
Eeeee , sukenyaaa ! Merah tu kan HOT , mestilah ramai pandang aku ni, dah namanya HOT .
Tak kurang juga jantan jantan gay sibuk ramas body aku yang cukup slim dan keding ini . Choii , kalau hensem aku layan okeyyy ,tak hensem macam Choi Siwoon, jangan harap nak sentuh body HOT aku ni! 


Satu hari , Ada seorang  jejaka teruna  telah membeliku . Aku meronta ronta , 
aku tak mahu dijual ! 
Yela, aku rela jual kat orang yang hensem , bukan hudus macam Voldermart. 
Tidak , I tak rela !! 
Tapi apek tu tetap jual , dengan harga 30sen. Wahh , murah sungguh harga diri aku ! Kenapa begini? Aku HOT tau , apa kes 30 sen je ?!

Kini dialah raja , aku hamba . Aku terpaksa ikut saja arahan dia.
Dialah tuan baru aku . Arghhh , tak hensem la ! 

Setiap hari , Tuan aku selalu menggunakan aku dengan rakus dan penuh nafsu . Asyik pegang aku , usap usap aku ,  Isk , hilang terunaku kalau beginilah caranya  . Tuan aku juga selalu menggunakan aku sebagai bahan untuk mengetuk kepala wanita Nepal yang tua sibuk mengurat dia setiap hari . Agak agak lah , badan aku ada insuran tau 
walaupun bernilai 30sen! 

Tuan aku juga selalu letak aku kat atas meja , dahlah depan almari baju dia , selalu sangat duk tukar baju situ .
Ambik kau aku rakam , biar aku tayang kat body kau yang kerempeng ni masuk youtube , HAHA !

Satu hari ,  Tuan aku bergaduh dengan budak kelas sebelah tu , 
Whoaaa , lagi kacak dari Tuan aku! Entah mana silapnya , dia mengambil aku dengan penuh rakus dan cuba mengacukan punggungku ke arah budak itu , tapi malang tidak berbau , budak itu pantas memegang aku , dan secara tidak sengaja , budak itu terus merampas aku dan mematahkan aku menjadi dua . ARGHHH , habis body aku patah riuk ! 

Akhirnya , aku dibuang begitu saja , aku terus dipandaang sepi .
Sudahlah terunaku diragut , body pun tak mantap .
Busuk pulak tu badan aku . Iskkk . 

Tamatla riwayat HOT aku .  .


*Hanyalah rekaan semata mata tidak ada kaitan antara hidup dan mati. Hanya suka suka. Terima Kasih.

1 comment:

  1. haha..kelakar gile..macam karangan biografi mase skola dlu..btw comel la :D

    sy follow sini :)

    ReplyDelete